Manor Homes

Manor Homes

Sunday, October 16, 2011

ANDA BERCADANG MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI TETAPI TIDAK TAHU CARANNYA?




HIGHER VALUE AT LESSER COST


JENIS PERKHIDMATAN DISEDIAKAN

Mengatur pembiayaan pembangunan (pinjaman kerajaan, pinjaman bank, tabung, atau dana).

Menjalankan kaji selidik tapak rumah/bangunan, tanah, kemudahan asas, dan persekitaran.

Menyediakan rekabentuk rumah bersesuaian kemampuan kewangan tuanrumah menggunakan teknologi binaan terbaik dan menjimatkan.

Mendapatkan kelulusan binaan bangunan dari pihak-pihak berkuasa tempatan.

Mengatur tapak tanah untuk pelanggan yang tidak mempunyai tanah sendiri membina rumah.



PRAKATA ( PREFACE)


Manor Homes ialah firma jurubina-reka (design-builder) membina rumah hasil rekabentuknya sendiri menggunakan teknologi bangunan milikinya. Projek-projek bangunan dilaksanakan secara reka dan bina dimana tidak melibatkan bidaan (tendering). Manor Homes mengambil tanggungjawab mutlak terhadap keseluruhan perlaksanaan projek.


Manor Homes dijalankan oleh sekumpulan Bumiputera Melayu terdiri dari jurubina, jurutera, juruteknik yang berkelulusan dan berpengalaman (luar dan dalam negara) di dalam bidang senibina, bangunan, kejuruteraan, dan binaan.

Manor Homes membina rumah-rumah dari hasil rekabentuk-rekabentuknya sendiri berupa ready-made design atau rekabentuk-rekabentuk disediakan tuanrumah secara tailor-made design.

Semua rumah dibina menggunakan kaedah dinding tampung beban (load-bearing masonry wall system) diperbuat dari bahan-bahan batu (masonry) seperti batu blok konkrit, batu granit (granites) atau gravels, dan batu bata. Manor Homes menggunakan kepingan lantai konkrit pasang siap (pre-cast concrete slabs) untuk sistem lantai gantung (suspended floor system); dan kekuda pasang siap diperbuat daripada kayu atau aluminium untuk rangka bumbung. Sisitem dinding tampung beban memansuhkan (eliminates) penggunaan rangka-rangka konkrit bertulang (RKB) yang terkenal mahal.

Kos bangunan Manor Homes secara kasarnya lebih menjimatkan (economical) antara 15% ke 25% dari sistem binaan RKB kerana tidak membabitkan kerja-kerja RKB langsung. Walaupun jimat sehingga 20%, tetapi Manopr Homes mampu menghasilkan senibina yang cantik (aesthetical), mutu ketukangan (craftsmanship) yang tinggi, dan perincian bahagian-bahagian bangunan (building elements) penuh gaya. Kelebihan-kelebihan tersebut malahan menambah nilai terhadap rumah binaan Manor Homes.

Cara kontrak reka dan bina, tuanrumah berurusan dan menyalurkan semua perhubungan terus ke Manor Homes tanpa orang tengah, mengurangkan beban kerja-kerja pentadbiran; dan tuanrumah boleh menumpukan kepada membuat keputusan-keputusan tepat pada masanya sepanjang tempoh pembangunan.

Penonjolan dan tanda diri Manor Homes ialah pada rumah-rumah binaannya berbentuk country atau cottage beratap curam, dormers, tingkat loteng, terrace; dan tumpuan terhadap kecantikan bangunan (aesthetics) dipaparkan oleh dinding luar bangunan yang terdedah (bare exterior), grill casement windows, dan bahagian-bahagian bangunan yang terpampang (quoins, sills, jambs, lintels, wall strings, plinths). Tanda diri Manor Homes dalam rekabentuk ruang boleh dilihat pada private and public zones yang mengasingkan penghuni dan tetamu; ruang legar, bilik air tetamu, dan terrace.

Bahan-bahan batu digunakan Manor Homes adalah bersesuaian untuk thermal insulation (tahan-panas) disebabkan oleh kepadatan (mass) bahan-bahan itu sendiri. Binaan masonry melambangkan kekukuhan bangunan, keutuhan binaan, dan kekuatan bangunan. Rumah batu menggambarkan keselamatan, perlindungan, kesejahteraan, keselesaan ruang dalaman, dan peningkatan taraf hidup.

Teknologi bangunan dan bahan-bahan digunakan, senibina yang cantik, perancangan ruang yang terbaik; menonjolkan dengan ketara ketinggian darjat (stature), tanda diri, kesenian, dan gaya hidup tuanrumah.



PERUTUSAN


Kami memperkenalkan berbagai pilihan rekabentuk rumah satu tingkat sesebuah (banglo) dan rumah dua tingkat sesebuah bagi mereka yang mempunyai tanah untuk membina rumah.

Blog ini memberi maklumat mengenai perkhidmatan dan rekabentuk rumah disediakan oleh Manor Homes berserta maklumat penting berkaitan binaan rumah dan bangunan untuk rujukan bakal pelanggan.

Manor Homes juga memberi perkhidmatan rekabentuk dan binaan bagi kerja-kerja :

· Rumah mesra rakyat
· Rumah hinggap (retreat).
· Rumah sewa.
· Rumah tambahan.


JENIS-JENIS HARGA RUMAH


Manor Homes menghasilkan beberapa pilihan rekabentuk rumah yang boleh dibina dengan kos RM 75,000 ke RM 100,000, RM 100,000 ke RM 125,000, RM 125,000 ke RM 150,000, dan RM 150,000 ke atas.

Bagi kategori rumah mesra rakyat atau setaraf dengannya boleh dibina dengan perbelanjaan dari RM 65,000.

Manor Homes juga membina rumah mengikut kemampuan kewangan tuantanah berpandukan rekabentuk Manor Homes atau rekabentuk disediakan tuanrumah menggunakan teknologi binaan D'Lux.

Rata-rata rekabentuk rumah menyediakan tidak kurang 2 anjung, 4 bilik tidur, dan tidak kurang 3 bilik mandi kecuali rumah RM 65,000 ke RM100,000 yang menyediakan 1 anjung, 3 bilik tidur, dan 2 bilik mandi sahaja. Binaan rumah RM 100,000 ke atas terdapat tingkat loteng (attic) membolehkan ruang-ruang tambahan dan bilik-bilik pelbagai kegunaan diwujudkan.

Rekabentuk rumah Manor Homes berunsurkan ‘country home’ dengan ciri-ciri senibinanya yang indah dan memikat. Manor Homes menonjolkan hasil kerja ketukangan dan senibina yang tinggi terpampang jelas di dalam penggunaan bahan-bahan binaan pada bahagian-bahagian bangunan.



PEMILIHAN JURUBINA YANG TEPAT


Pemilihan jenis kontrak dan teknologi bangunan dan bahan-bahan binaan merupakan penentu-penentu (factors) kepada harga sesebuah kontrak bangunan. Apa sahaja jenis kontrak dan sistem binaan seharusnya membawa kepada penjimatan masa dan perbelanjaan.



PEROLEHAN KONTRAK - CARA BIDAAN (TENDER)


Pemilihan kontrak secara bidaan atau tender, tugas dan kerja merekabentuk bangunan dan pembinaan dilakukan secara berasingan oleh kumpulan jurureka (arkitek, jurutera-jurutera, jurukur bangunan) dan pemborong binaan; masing-masing terikat terus dengan pelanggan.

Ciri-ciri ketara terdapat pada sistem bidaan ialah perlantikan kumpulan jurureka dan pemborong dilaksanakan secara berasingan, terdapat masa penyelarasan (co-ordination), dan berlaku masa menunggu. Jenis kontrak ini membabitkan banyak pihak dan masa; dan ditakrifkan sebagai mahal.



PEROLEHAN KONTRAK - CARA REKA DAN BINA


Kami mengamalkan pemilihan kontrak cara reka dan bina iaitu jurubina dilantik oleh pelanggan sejak permulaan lagi untuk menyediakan pelan rancangan kerja. Pihak jurubina bertanggungjawab penuh terhadap rekabentuk bangunan berdasarkan kepada kehendak-kehendak khusus pelanggan. Pelanggan melantik dan menyerahkan segala urusan kepada jurubina. Jurubina terikat dengan pelanggan pada satu harga yang dipersetujui.

Cara reka dan bina ini, jurubina memiliki rekabentuk dan kepakaran teknologi bangunannya sendiri. Keseluruhan kerja dilaksanakan secara in-house (satu bumbung) dan ia mempunyai para jurureka sendiri seperti arkitek, jurutera, dan jurukur.

Pemborong tahu benar selok-belok rekabentuk dan teknologi bangunan miliknya memudahkan kawalan masa dan perbelanjaan dilaksanakan.

Cara reka dan bina ini sangat bersesuiaan pada pelanggan-pelanggan yang mempunyai kewangan terhad, telah melakarkan kehendak-kehendak mereka secara umum, memilih jenis kontrak dan kos yang menjimatkan, dan mengutamakan rekabentuk dan teknologi bangunan yang teruji menarik dan bermutu.

Pendekatan Manor Homes memberi perkhidmatan bersepadu atau package dan menyeluruh kerana menyedari kelewatan, penggunaan masa yang panjang, dan perbelanjaan yang lebih pada sistem bidaan.

Cara reka dan bina diamalkan Manor Homes ialah sebagai pilihan gantian (alternative) kepada cara bidaan dari sudut kemudahan, penjimatan masa dan perbelanjaan kepada pelanggan yang bercadang untuk membina rumah di atas tanah sendiri.

Kami memperkenalkan dua kaedah perlaksanaan kontrak dinyatakan berikut selain dari kaedah package reka dan bina.

a. Royalty atau employer-built contract.

Kaedah kontrak cara ini, tuanrumah sendiri melaksanakan binaan bangunan termasuk mengurus dan menyediakan pekerja-pekerja binaan. Kaedah ini, tuan rumah membayar sejumlah royalty atau yuran kerana menggunakan reka bentuk dan teknologi binaan milik Manor Homes.
b. Employer-engaged labour contract.

Kaedah kontrak cara ini, tuan rumah menyediakan dan membayar terus harga (upah) pekerja-pekerja binaan. Manor Homes hanya berperanan mengurus projek, menyediakan bahan-bahan binaan, dan mengawas (supervise) perlaksanaan projek.

Dua cara perlaksaan kontrak dinyatakan di atas adalah cara yang dapat menjimatkan lagi perbelajaan pembangunan dan binaan untuk faedah (financial gain) tuanrumah.




PENONJOLAN DIRI MANOR HOMES

Hasil-hasil kerja Manor Homes boleh dikenali melalui identity and trademark, features and benefits, dan economic gains ditonjolkan dan dirasai; terdapat pada rekabentuk dan teknologi bangunan Manor Homes.
a. Identity and trademark (penonjolan dan tanda diri)

Dengan daya cipta senibina yang tinggi dan gubahan (innovation) teknologi digunakan Manor Homes; menggabungkan bahan binaan turun-temurun (traditional) dan baru (modern) di dalam pembinaan banglo-banglo dan rumah-rumah sesebuah menghasilkan senibina yang cantik (aesthetical), faedah-faedah, nama (prestige); dan teknologi bangunan yang mempercepatkan tempoh dan menjimatkan kos binaan.

b. Features and benefits (sifat-sifat dan faedah-faedah)

Sifat-sifat (features) ialah ragam-ragam zahir (physical characteristics) yang boleh dirasai, dialami dan dilihat. Manor Homes menonjolkan sifat-sifat dan ragam-ragam di dalam perancangan ruang (space planning), bentuk bangunan, dan muka luar bangunan (building facade).

c. Economic gains (faedah ekonomi)

Teknologi bangunan digunakan Manor Homes berbanding sistem binaan lazim (conventional) menjimatkan kos binaan antara 15% ke 25%.

Penilaian pelanggan-pelanggan dan orang ramai pada pandangan pertama terhadap rumah binaan Manor Homes ialah rumah berkenaan kelihatan mahal. Ertinya, pelanggan-pelanggan telah memberi nilai yang tinggi kepada rumah tersebut. Orang ramai menyamakan harga yang mahal bersamaan nilai yang tinggi. Pastilah nilai rumah binaan Manor Homes melebihi nilai pasaran.



MATLAMAT D’LUX


Menjadi hasrat utama Manor Homes memberi khidmat nasihat yang tepat dan betul kepada tuantanah. Oleh itu sesebuah nasihat yang tepat adalah perlu kerana ia boleh menjurus kepada penjimatan kos dan juga masa.

Faedah mengguna cara reka dan bina berserta rekabentuk rumah dan teknologi bangunan diperkenalkan Manor Homes termasuklah dua sistem perlaksanaan kontrak iaitu royalty dan employer-engaged labour mampu menjimatkan perbelanjaan binaan keseluruhan bangunan antara 15% hingga 25% berbanding cara binaan lazim (bangunan berasaskan rangka konkrit bertulang).



PERTANYAAN / KETERANGAN LANJUT


Jika anda berminat dan untuk keterangan lanjut berkaitan perkhidmatam kami berikan, sila hubungi talian 017-632 9295


E-mail: deluxe.dlux@gmail.com

Facebook: banglo impian

Web: http://dlux-dluxhomes.blogspot.com/





APPENDIX (LAMPIRAN)



Gambar-gambar model rumah rekaan Manor Homes:





Hakcipta Terpelihara ©
Sebarang pengambilan bahan dari blog ini seperti ayat, perkataan, dan gambar tidak dibenarkan sama sekali tanpa kebenaran Manor Homes. Pengambilan mana-mana bahan tanpa kebenaran pemilik adalah satu pencerobohan dan menyalahi undang-undang.












No comments:

Post a Comment